AMALAN TERBAIK DALAM
HIDUP
1.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan
meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan
- Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak
mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
3.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari,
insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak
dsbnya dalam dirinya.
4.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan
hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
5.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan
diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan
yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.
Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat)
kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan
diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap
hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW
apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda
suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika
makanan itu pemberian orang lain.
12.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW
makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau
makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa
berselawat walau sekali pada malam
jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh
para nabi
14.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat
tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan
sembuh
15.
Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya
terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci,
ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu
Dawud.
16.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga
kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah
17.
Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit
setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam
berzikir dan doa seketika bersama makmum
18.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19.
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan
dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga
kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya
drp sebarang bencana
21.
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit
yang berkaitan dengan hidung
22.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun (
astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000
kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta
bahaya fitnah
24.
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring
sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung
(yang berada di kiri badan) mengepam darah
25.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari
mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNYA
26.
Tika Nabi tidur, ia membaca surah
Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu
keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi
dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan ALLAH
28.
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam
keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk
tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29.
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan
yang melalaikan
30.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith:
Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain
(krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali
selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW
32.
Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang
ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri
dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari
34.
Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari
35.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi
nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka
tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan
dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37.
Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin.
Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut
(kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38.
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan
zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas
rahmatNya
39.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari
kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40.
Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi
selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada
setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya
42.
Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith:
Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43.
Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith:
Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg
tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat
saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun
& wabak penyakit berbahaya yang lain
45.
Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi
sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur
hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46.
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat
dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH
akan hajatnya
47.
Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya
Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48.
Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib
49.
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan
terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50.
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat
yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.
Sampaikanlah walaupun satu ayat…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan