Jumaat, 21 September 2012

 Berkelah di pantai Kuala Linggi,
  Pantai bersih udara nyaman;
Di dalam mulut ada gigi,
  Berguna untuk mengunyah makanan.

Rumah datuk ada perigi,
  Berenang-renang si ikan sepat;
Bangun pagi gosok gigi,
  Supaya tidak di makan ulat.

Pergi sungai bermain rakit,
  Air di muara agak kotor;
Apabila gigi terasa sakit,
  Pergi hospital berjumpa doktor.

Pahit sungguh buah peria,
  Dimasak dengan daun peria;
Gigi bersih kelihatan ceria,
  Hidup sihat negara bersih.